Jumat, 26 Februari 2016

MENGENALI AL HABIB ABUBAKAR AL-ADNI BIN ALI AL-MASYHUR

Al-Habib Abubakar al-Adni bin Ali al-Masyhur, adalah seorang ulama besar, cendikiawan muslim dari Hadramaut yang mempunyai pemikiran cemerlang di Abad ini dan mempunyai kepribadiannya ulama rabbani yang sebenarnya.
Dilahirkan di kota Ahwar pada tahun 1366 H, dari keluarga yang cintakan ilmu dan dakwah. Sejak beliau masih belia, kedua orang tuanya memastikan beliau menghafal al-Quran. Beliau belajar dari para ulama yang berada di kawasan Hadramaut, seperti Ahwar, Aden, dan sekitarnya.

Sejak berumur empat belas tahun beliau telah dilatih oleh ayahnya untuk berdakwah, beliau bercerita bahwa diusia yang cukup muda itu sang ayah telah memerintahnya untuk membuat konsep khutbah jumaat, setelah itu dibaca didepan sang ayah sebelum akhirnya disampaikan di mimbar.
Ketika ada orang bertanya akan pengaruh orang tua pada beliau, beliau menjawab:

" hampir disemua sisi hidupku, aku tidak lepas dari pengaruh orang tuaku.
Ayahku adalah seorang yang sangat berdisiplin pada waktu, beliau sangat perihatin pada pendidikan keluarga termasuk pendidikanku dan saudara-saudaraku, Disamping itu beliau adalah pendidik yang mengajarkan erti dan tujuan hidup ini padaku. Dari prilakunyalah aku banyak belajar tentang arti hidup ini, disamping kerap kali aku mendengar ceramah-ceramah beliau dan pelajaran-pelajaran yang disampaikan pada umat.
Sering aku menyaksikan cucuran air mata beliau ditengah malam saat beliau membaca al-Quran atau bermunajat pada Allah".
Disamping belajar pada para ulama secara tradisional beliau juga belajar di sekolah hingga lulus dari Universiti Aden dalam jurusan tarbiah.

Dizaman remaja, beliau menyaksikan intimidasi dan tekanan yang dilakukan oleh pemeritah komunis pada rakyat Yaman terutama pada para tokoh dan ulama, termasuk pada keluarga beliau. Hal ini membuatkan beliau keluar dari tanah kelahirannya menuju Arab Saudi. Kejadian tersebut telah beliau tulis dalam sebuah karya sastera yang berjudul al-khuruj min dairatul hamra.
Sesampainya di hijaz, beliau diminta menjadi Imam, khotib dan Guru oleh ayahnya disalah sebuah masjid di kota Jiddah walaupun pada mulanya beliau ingin melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al Azhar, Mesir. Ibubapa beliau kemudiannya menganjurkan beliau untuk belajar daripada al-Habib Abdul Qadir bin Ahmad Assegaf.
Al-Habib Abdul Qadir berjaya membuat beliau terlena dalam samudera ilmu dan makrifah sehingga melupakan keinginan beliau ke Mesir kerana tujuan dan keinginan beliau telah dijumpai di kota tersebut.

Iaitu luasnya masyhad ilmu yang memadai, kejernihan akal, dan kesungguhan serta akhlak nubuwah yang sempurna pd gurunya.
Maka sejak saat itu beliau sangat dekat dengan guru hingga akhirnya beliau menjadi salah satu murid istimewa al-Habib Abdul Qadir Assegaf, dan beliau sendiri telah menulis riwayat hidup guru beliau dengan lengkap.

Sejak pengunduran kaum komunis dari Yaman selatan, dan terjadinya persatuan antara Yaman selatan dengan Yaman utara, beliau pun pulang ke Yaman dengan membawa pemikiran cemerlang didalam menciptakan kehidupan yang kondusif dan damai di Negara Yaman.
Beliau termasuk ulama pertama yang mempropagandakan kesatuan pemikiran dan jiwa pada masyarakat Yaman setelah Negara mereka bersatu.
Beliau membuka puluhan pondok pengajian ilmu diperbagai pelosok negeri Yaman, disamping mendirikan pusat-pusat pendidikan yang jumlahnya tidak kurang dari 83 cawangan.
Beliau juga menggabungkan system pendidikan akademi moden dengan system pendidikan tradisional, melahirkan ramai murid-murid yang terdiri daripada para sarjana dan cendikiawan di Yaman.

Perhatian beliau pada karya-karya ilmiah yang sangat luar biasa menuntut belau untuk mendidirikan pusat-pusat penelitian dan kajian untuk para pelajar.
Beliau juga aktif mengadakan seminar dan kajian intensif berkenaan dakwah dan ilmu keislaman. Beliau banyak mendidirikan forum dan pusat-pusat atau yang lebih dikenal dengan istilah 'Muntadayat' diberbagai daerah di Yaman.
PEMIKIRAN DAN GAGASAN

Antara keistimiwaan Al-Habib Abubakar ini adalah kecemerlangan beliau didalam menyelesaikan berbagai permasalahan umat yg boleh didapati melalui karya-karya beliau yang saat ini telah mencapai lebih 150 dalam berbagai disiplin ilmu seperti ilmu Fiqih, Sejarah, Sastra, Fikrah, Dakwan dan Manahajiah dan menghasilkan karya yang belum pernah ditulis oleh ulama sebelumnya.
Ada beberapa pemikiran menarik yang bersifat global yang menurut hemat penulis sangat sesuai untuk dimengertikan oleh kaum muslimin di rantau ini.
Beliau memang mempunyai istilah-istilah tersendiri didalam berbagai pemikiran baru yang beliau gagaskan seperti FIQH TAHAWWULAT yg berkaitan dengan tanda-tanda mengenai hari kiamat.

Wallahualam
Author image
Duta Al-Sighor
Tentang Penulis :

Duta Al-Sighor adalah Nama akun resmi dari admin blog Al-Sighor dan blog Duta Al-Sighor. Khusus Blog ini memuat semua informasi dalam lingkup Marhalah Al-Sighor yang mana ada sebagian yang sengaja tidak diliput oleh koran Duta Al-Sighor dan di masukkan ke blog Duta Al-Sighor di karnakan menimbang pembagian jatah postingan setiap blog agar sama-sama terupdate.

Bagikan tulisan ini GRATIS! :

Berkomentar menggunakan akun Facebook:

Berkomentar menggunakan selain akun Facebook:

0 komentar:

Posting Komentar